I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 23 October 2012

Tips Lupakan Si Dia

1) Terima hakikat - pertama sekali perlu menerima hakikat si dia bukan milik kita. Kita perlu belajar utk menerima kenyataan bahawa pertemuan akn berakhir dgn perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kpd pertemuan.

2) Luahkan perasaan - luahkan perasaan kita kpd kawan karib. Mungkin dia tidak bnyak membantu tetapi sekurang- kurangnya dgn meluahkan perasaan kita akn dapat menghilangkan tekanan.

3) Anda pula dengar luahan mereka -  apabila kita mendengar luahan rakan kita sekurang- kurangnya kita tahu bahawa kita bukan seorang sahaja menerima nasib yg teruk.

4) Berfikir positif - fikir dgn positif.. Buang rasa negatif dan rendah diri dlm diri anda. Kalau kita dapat fikir positif, Insyah- Allah semua akn berjalan lancar. Dengan berfikir secara positif juga, kita akn menjadi tenang dan dpt menerima keadaan ditinggalkan tu dengan seadanya.

5) Cuba lupakan kenangan - kadang- kadang bila dah putus, kita tak rindu dia sangat. Yang kita rindukan selalunya kenangan dan memori bersamanya. Jadi, untuk buatkan kita rasa tenang, lupakan semua kenangan lama tu.

6) Buang no telefon - untuk yg boleh bertahan, sila abaikan tips nie. Untuk yg tak berapa nak kuat, sila ikut tips nie. At least time scroll contact dalam phone anda, tak perlu nak baca no dan nama dia.

7) Remove friend - kalau tak kuat macam saya juga, sila remove friend dlm FB or unfollow di Twitter. Nampak mcm budak2kan. Tapi kita kena ingat, selagi kita berkawan dgn dia kat laman sosial, tiap updates dia kita akan rasa nak baca. Tiap perkara dia lakukan kita terpaksa tengok. Tak ke sakit hati namanya tu.

8) Ingat dekat orang lain - masih tak dapat lupakan dia?? susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan dia, kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain. Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke...

9) Benci dia - bukannya bencikan bekas kekasih anda mcm benci musuh. Tapi fikir sesuatu pasal si dia yg boleh buat anda rasa tak suka or annoying. Fikir benda yg anda paling tak suka pasal dia.

10) Jadi kuat - jangan mudah mengalah. Elak lakukan proses meroyan di laman sosial. Buat2 cool. At least orang pun tak nampak yg anda gila, dan dia pun takde la rasa bangga sngt mcm anda yg gedik tergila- gilakan dia. Jadi, jangan meroyan tak tentu pasal. Tunjukkan pada dia yg anda kuat dan boleh hidup tanpa dia.

11) Buang rasa cinta - slow2 cuba buangkan rasa cinta dalam diri anda. Memang susah... Tapi cuba buangkan juga.

12) Muhasabah diri - fikirkan balik apa kekurangan diri kita. Jangan asyik pandang kesalahan dia saja. Tengok juga, dia tinggalkan kita mesti bersebab.

13) Berdoa & Bertawakal - ini adalah solution yg terbaik dan potion bagi segala- galanya. Berdoa lah kepada- Nya agar diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yg serasi.


p /s : sebenarnya tips nie untuk diri sendiri juga, korang pun boleh ikut juga tips nie...    

No comments:

Post a Comment