I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 18 October 2012

Puisi Pelangi Hati


Awan kelabu hatiku
Berlalu kerana hadirmu
Birukan langit jiwaku
Hiasi pelangi hati di hidupku

 

Meski hidupmu tak seterang mentari
Namun kau pelita di malam hari
Terangi gelap nurani
Tongkat saat tertatih langkah kaki

 

Hadirmu tak sedikit bawa duka
Tak jarang pula menyayat jiwa
Ku jalani dengan sukarela
Kerana cinta hadirkan sejuta rasa

 

Cintamu sajikan rindu
Tak jarang pula risau menjemputku
Cemburu pun
hinggap di hatiku
Singgah silih berganti di kalbu

 

Pelangi hatiku...
Warnailah hariku
Sibakan mendung di
hatiku
Lukiskan kasih di sisa umurku



: : Walaupun kita tidak bersama lagi, saya ingin berterima kasih kepada awak kerana awak telah menghadiahkan pelangi untuk hubungan kita sebelum nie. Kini, baru saya sedari pelangi itu telah menceriakan hidup kita. : :

: : Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari di mana matahari? Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi : :

 

No comments:

Post a Comment