I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 30 October 2012

The Strongest K-POP Survival




Sinopsis :-

Drama ini menceritakan tentang kehidupan para bintang selebriti. Kang Woo Hyun(Park Yoo Hwan) adalah leader dari grup M2 yg mempunyai ramai peminat(fans) dan terkenal dgn senyuman yg memautkan.

 

Ji Seung Yeon(Go Eun Ah) bermimpi menjadi legenda dalam dunia hip hop, dan dia berdandan seperti seorang lelaki demi mengikuti sebuah edisi grup idola lelaki,

 

Kang Chang Min(Kevin) berfikir bahawa dunia disekitarnya boleh berubah, dan dia bermimpi utuk boleh menjadi seorang penyanyi solo lagu balad.

 

Ri Ah(Kim Eun Jung) adalah seorang selebriti hebat yg mewakili seluruh rakyat.

 

Pelakon :-

Park Yoo Hwan as Kang Woo Hyun

Go Eun Ah as Ji Seung Yeon

Kwak Yong Hwan as Kwon Ji Woo

 

Member M2 Junior

Song Se Hyun as Kim Hyun Seung

Tagoon as Park Ki Bum

Maeng Se Chang as Jang Tae Kwon

Jo Yoon Woo as Dong Woo

Jin Hyuk as Jae Ah

Kevin as Kang Chang Min

 

Sunny Entertainment

Hong Kyun Min as Jang Hyun Suk(Management Company CEO)

Park Hyo Joo as Team leader Han

Lee Sang Joon as Jang Suk

Ali ) as Teacher Park

Shin Seo Kyung as Lee Soon Yeon

 

Lainnya

Kim Eun Jung as Ri Ah/ Oh In Young

Kim Young Ok as Ji Woo's grandmother

 

Screenshot & Photoshot :-

 

         

 

 

 

  








p/s : dalam drama ini menceritakan tentang kehidupan selebriti.

Monday 29 October 2012

Three Dads with One Mom


Sinopsis :-

So Na Young(Eugene) dan suaminya Jung Sung Min(Yoon Sang Hyun) mendambakan seorang bayi dalam kehidupan perkahwinan mereka. Sayangnya, Sung Min tidak mampu membuat isterinya hamil. Lalu suaminya memutuskan untuk meminta bantuan sahabatnya utk mendermakan sperma.

 

Yang sedihnya, setelah Na Young hamil terjadi kecelakaan yg meragut nyawa Sung Min. Semestinya Na Young bingung, siapa di antara ketiga- tiga sahabat suaminya yg "sebenar" ayah kepada anak kandungnya? Ayah kandung anaknya itu mungkin Han Soo Hyun(Jo Hyun Jae), Choi Kwang Hee(Jae Hee), atau Hwan Kyung Tae(Shin Sung Rok).

 

Yang sebenarnya bayi itu adalah anak Sung Min, suami Na Young sendiri.

 

Pelakon :-

Eugene as So Na Young

Jo Hyun Jae as Han Soo Hyun

Jae Hee as Choi Kwang Hee

Shin Sung Rok as Hwan Kyung Tae

Kim Bin Woo as Park Seo Yeon

Joo Sang Wook as Jung Chan Young

Yoon Sang Hyun as Jung Sung Min(suami Na Young)


Screenshot & Photoshot of 3 dads with 1 mom

 

 

 

 





p/s : drama nie kelakar sangat dari episod pertama hingga akhir, kalau drama nie keluar kat tv lagi mesti nak tengok =)

Suka drama korea

Hari nie saya nak kongsi tentang drama korea yang saya suka tengok. Tak kisah la drama tu lawak ke, sedih ke... asalkan korea je(hehe...). Sebenar saya minat drama korea nie, jalan ceritanya menarik la juga dan tidak membosankan. Kalau drama tu ulang bnyak kali kat tv mesti tak jemu nak tengok. Ini ada beberapa drama korea yg saya tengok kat tv...



Full House

 

Three Dads And One Mom

 

 Boys Over Flower/Boys Before Flower


He's Beutiful


Skip Beat


The Strongest K-POP Survival

 

Itulah drama korea yg saya suka tengok, sebenarnya bnyak juga drama korea yg saya tengok tapi nanti2 la sya upload lain(hehe...). Lepas nie kalau rajin saya tulis pasal sinopsis pula...


Tuesday 23 October 2012

Tips Lupakan Si Dia

1) Terima hakikat - pertama sekali perlu menerima hakikat si dia bukan milik kita. Kita perlu belajar utk menerima kenyataan bahawa pertemuan akn berakhir dgn perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kpd pertemuan.

2) Luahkan perasaan - luahkan perasaan kita kpd kawan karib. Mungkin dia tidak bnyak membantu tetapi sekurang- kurangnya dgn meluahkan perasaan kita akn dapat menghilangkan tekanan.

3) Anda pula dengar luahan mereka -  apabila kita mendengar luahan rakan kita sekurang- kurangnya kita tahu bahawa kita bukan seorang sahaja menerima nasib yg teruk.

4) Berfikir positif - fikir dgn positif.. Buang rasa negatif dan rendah diri dlm diri anda. Kalau kita dapat fikir positif, Insyah- Allah semua akn berjalan lancar. Dengan berfikir secara positif juga, kita akn menjadi tenang dan dpt menerima keadaan ditinggalkan tu dengan seadanya.

5) Cuba lupakan kenangan - kadang- kadang bila dah putus, kita tak rindu dia sangat. Yang kita rindukan selalunya kenangan dan memori bersamanya. Jadi, untuk buatkan kita rasa tenang, lupakan semua kenangan lama tu.

6) Buang no telefon - untuk yg boleh bertahan, sila abaikan tips nie. Untuk yg tak berapa nak kuat, sila ikut tips nie. At least time scroll contact dalam phone anda, tak perlu nak baca no dan nama dia.

7) Remove friend - kalau tak kuat macam saya juga, sila remove friend dlm FB or unfollow di Twitter. Nampak mcm budak2kan. Tapi kita kena ingat, selagi kita berkawan dgn dia kat laman sosial, tiap updates dia kita akan rasa nak baca. Tiap perkara dia lakukan kita terpaksa tengok. Tak ke sakit hati namanya tu.

8) Ingat dekat orang lain - masih tak dapat lupakan dia?? susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan dia, kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain. Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke...

9) Benci dia - bukannya bencikan bekas kekasih anda mcm benci musuh. Tapi fikir sesuatu pasal si dia yg boleh buat anda rasa tak suka or annoying. Fikir benda yg anda paling tak suka pasal dia.

10) Jadi kuat - jangan mudah mengalah. Elak lakukan proses meroyan di laman sosial. Buat2 cool. At least orang pun tak nampak yg anda gila, dan dia pun takde la rasa bangga sngt mcm anda yg gedik tergila- gilakan dia. Jadi, jangan meroyan tak tentu pasal. Tunjukkan pada dia yg anda kuat dan boleh hidup tanpa dia.

11) Buang rasa cinta - slow2 cuba buangkan rasa cinta dalam diri anda. Memang susah... Tapi cuba buangkan juga.

12) Muhasabah diri - fikirkan balik apa kekurangan diri kita. Jangan asyik pandang kesalahan dia saja. Tengok juga, dia tinggalkan kita mesti bersebab.

13) Berdoa & Bertawakal - ini adalah solution yg terbaik dan potion bagi segala- galanya. Berdoa lah kepada- Nya agar diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yg serasi.


p /s : sebenarnya tips nie untuk diri sendiri juga, korang pun boleh ikut juga tips nie...    

Saturday 20 October 2012

Novel : Wasilah Cinta Weera

Assalamuailaikum.... hari ini aku nak cerita pasal novel yang aku baca tajuknya " Wasilah Cinta Weera ". Sebuah kisah yg sarat dengan kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yg disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu- malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagiaan untuk sesiapa yang mengertikannya.

Pengertianya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.


  

" Aku mahu ada dekat denganmu. Selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu... " indah sungguh kata- kata ini. Agak- agaknya ada tak lelaki macam Weera sekarang nie... hmmm!!!

Untuk pengetahuan korang novel nie memang best (^_^)


p /s : Terima kasih kak ngah sebab bagi kakak pinjam novel nie...

Friday 19 October 2012

Itulah Pelangi



Hanya samar- samar dapat ku lihat
tetap saja indah bernaung di bawah langit sana
menemani aku yg berdiri di sini
aku tersenyum dalam sendiri
betapa aku mengagumi keindahannya
selepas hujan gerimis

ingin ku raih
tapi tak tercapai
mungkin tak dapat tersentuh
mungkin di luar kebatasan
bukan tak mampu
memang begitu
hanya dapat melihat dari kejauhan

tujuh warna
yang bercahaya akan tersirna bila tiba masanya
dengan lengkungan yg panjang

itulah pelangi
walaupun bermisteri hadirnya
masih mampu menghiburkan hati
menenangkan jiwa yg resah
dan aku
telah menemukan kekuatan hati
tanpa ragu- ragu
dan tetap berdiri menanti
bahagia yang sejati

Cinta Itu Bukan Milikku

Cinta itu bukan milikku,
Andai itu telah di takdirkan untukku,
Aku sedia menerima Kehendak- Mu,
Kerna tertulis di sana dia bukanlah untukku,
Walau sejuta tahun aku mengejarmu,
Walau setiap saat aku mencarimu,
Walau setiap degupan jantungku adalah untukmu,
Walau setiap kerlipan mataku hanya untuk melihat wajahmu,
Namun takdirnya menentukan.....
Kamu bukan untukku,
Biarlah cinta itu bukan milikku lagi...
Pergilah kamu dengan redhaku,
Jauhilah aku andai itu takdir yang tertulis untukku,
Larilah kamu jauh dari hidupku,
Kejarlah kebahagiaan hidupmu,
Kerna cintamu bukan lagi untukku.....


 

Biarpun kau melihat aku tersenyum

Kadang- kadang aku ingin cuba kuatkan diri
seperti setegar batu karang di lautan
tapi
bila aku fikirkan
batu itu akan rapuh bila berkeping- keping
dengan perlahan- lahan
dihempas badai ombak yang bertalu
tanpa hentinya

sebenarnya aku memang tak sekuat itu
luka yang tergores melemahkan semangatku
hanya kau yang tidak tahu
sengaja aku sembunyikan

sememangnya duka ini menyeksa jiwa
ku hanya mampu menjerit dalam hati
terdiam membisu dengan air mata
amat menderita
biarpun kau melihat aku tersenyum...

Pelangi Sesudah Gerimis

Aku mendongak ke langit
Kepulan awan mendung berarak
Mentari menyorok tapi terlihat sinarnya
Masih menerpa

Setitik demi setitik menitis
Menyentuh wajahku
Segaris senyum aku lontarkan
Dengan mata terpejam

Hembusan angin menyilir
Serasa sejuk melingkari
Ku peluk tubuh
Berderai titisan
Membasahi aku

Hadirnya gerimis seketika cuma
Hilang sedikit demi sedikit
Mentari mula menyelak awan
Sinarnya menyilaukan

Sekilas pandang ku nampak warna
Cantik memang
Pelangi pula bertandang
Menghiasi langitku di padang ini

Aku tersenyum lagi
Kau tibanya jua
Pelangi sesudah gerimis...

Aku Mohon Maaf

Maafkan aku
bukan sengaja untuk mengores luka di hatimu
dan bukan untuk mengungkit
tentang cerita cinta kita
yang dulu pernah ada

aku hanya mengenangkannya kembali
hanya untuk belajar memilih yg terbaik
untuk kau
dan
untuk aku

sekali lagi
aku mohon maaf
atas janji- janji yg pernah kita ikrarkan
segala tidak sengaja
kita ingkari
namun
semuanya sudah tinggal kenangan
yang hanya mampu ku putar lewat angin malam ini

dan
untaian kata- kata indah itu
telah pun pudar ditelan waktu
maafkan aku...

Andai memang...

Andai memang kau menyintaiku
kau pasti takkan menyakiti hatiku
dan meninggalkan aku
Andai memang rasamu hanya unutukku
kau takkan mungkin memilih dia
Andai aku pernah ada di hatimu
pasti masih ada ruangnya untuk aku

Tapi
entahlah
kau sepertinya telah menjauh dari aku
segalanya memungkinkan
cinta tidak boleh dipaksa

Andainya memang aku kau cinta
tentunya luka ini takkan kau gores..



Thursday 18 October 2012

Andai Kau Tahu Tangisku

Aku tak pernah menyesal
aku pernah menggores cintanya dgn luka
kerana
sejuta rasa sakit hati ini
selalu menghinggapi
ketika aku bersamanya

 biarlah kau tersapu
bersama angin petang yg berlalu
biarlah terbungkus dgn nalurimu
hatiku kian kecewa dgn sikapmu
atas apa yg telah terjadi
jangan kau tambah lagi lukaku
cukuplah aku izinkan kau berlalu

jiwaku ini terasa sepi tanpa cinta
mungkin hati akn mati jika tanpa iman
cinta ini layu tanpa kasih dan sayang darimu
kelmarin adalah kenangan bagiku
dan semalam adalah mimpi bagiku
hari ini adalah kenyataan
dan esok adalah harapan
aku bersyukur
hari ini ku masih berdiri di sini

andai kau tahu tangisku
kau takkan mampu menoreh luka di hatiku




Puisi Pelangi Hati


Awan kelabu hatiku
Berlalu kerana hadirmu
Birukan langit jiwaku
Hiasi pelangi hati di hidupku

 

Meski hidupmu tak seterang mentari
Namun kau pelita di malam hari
Terangi gelap nurani
Tongkat saat tertatih langkah kaki

 

Hadirmu tak sedikit bawa duka
Tak jarang pula menyayat jiwa
Ku jalani dengan sukarela
Kerana cinta hadirkan sejuta rasa

 

Cintamu sajikan rindu
Tak jarang pula risau menjemputku
Cemburu pun
hinggap di hatiku
Singgah silih berganti di kalbu

 

Pelangi hatiku...
Warnailah hariku
Sibakan mendung di
hatiku
Lukiskan kasih di sisa umurku



: : Walaupun kita tidak bersama lagi, saya ingin berterima kasih kepada awak kerana awak telah menghadiahkan pelangi untuk hubungan kita sebelum nie. Kini, baru saya sedari pelangi itu telah menceriakan hidup kita. : :

: : Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari di mana matahari? Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi : :

 

Monday 15 October 2012

Pelangi Senja - Stacy

Ku bermimpi
Engkau kembali

Wajah tenang kau berkata,
Sayang,aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal... Ku kecewa...

Wahai... sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Wahai... sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai... sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...


: : Awak berkata... "Allah menghadiahkan pelangi yg indah agar kita bahagia, Semoga Allah kekalkan hubungan kita buat selama-lamanya" Sungguh indah makna itu, tetapi... kini hanya tinggal kenangan... hanya waktu menentukan... kita kan bersama... wahai... sang pelangi indah... muncul seketika... sayang tak ku lihat... kini tiada... jika mampu ku kembali... mengulangi masa... pasti ku tunaikan... permintaan terakhir... : :

 

p /s :-  Saya menerima awak kerana ALLAH, saya melepaskan awak kerana ALLAH 

            Biarlah kita BERTEMU dan BERPISAH kerana ALLAH

Sunday 14 October 2012

Berubah - Erry Putra & Reen Rahim

(Reen Rahim)

Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari...

(Erry Putra)

Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri...

Gelap seluruh jiwaku

{hooo...}

(Reen)

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh...

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku...

(Erry)

ohooo...
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain

Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari...

(Reen & Erry)

Semuanya telah berakhir

ohooo...

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh...


 Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku...

hooo...

Semuanya telah berakhir...

{Wooo woo.. woo..}

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh...

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku...

(Reen)

Oh.. Kasih...





Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari...
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh...
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku... 

 

 

: : " Abang sayang Sayang sangat2, Abang tak nak kehilangan Sayang, Abang nak hidup bersama Sayang " ... kata SethTan kepada NoraElena ... (kata2 terakhir awak kepada saya yang tinggal kenangan) : : 

Tuesday 9 October 2012

Azam Untuk Sem - 4

Assalamuailaikum...utk sem ini saya mempunyai satu azam yg baru iaitu saya nak fokus untuk belajar dan mengejar cita2 saya. Saya ingin menikmati kebahagiaan,keceriaan walaupun sementara. Saya ingin melupakan seseorang yg bertakhta dihati saya sebelum nie. Walaupun kita belajar di kelas yg sama  saya akan belajar melupakan awak biarpun sukar seperti mana saya tidak mengenali awak sejak mula2 lagi kita tidak mengenali antara satu sama lain.

 

Untuk sem ini saya ingin melupakan kenangan pahit yg berlaku kpd saya pada sem sebelum nie iaitu sem - 3 yg mengajar saya erti kehidupan,percintaan,kesukaran,kedukaan,kasih dan sayang. Itulah kenangan yg begitu pahit dan manis yg berlaku kpd saya dan mengajar saya erti ketabahan dan kesabaran.

 

Untuk sem ini juga saya ingin mencari kebahagiaan,ketenangan dan keceriaan serta pengalaman baru yg mengajar saya menjadi lebih dewasa dan matang. Itulah azam saya untuk sem ini. 

 

 

Always smile :) and forget /don't think the things that happened before this and move on for the new life....