I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 6 July 2012

Sunyi Dalam Hati Siapa Yang Tahu

Terlukis sebuah senyuman pada bibir mungil dan wajah aku yang sentiasa ceria dan gembira.Galak aku berbicara dan bergurau-senda yang kadang kala mengundang cemburu di hati yg memandangku.Wah betapa beruntungnya si dia,nampak hidup bahagia dan ceria.Tapi sunyi dalam hati siapa yg tahu?


Aku juga punya perasaan sama seperti manusia lain.Ada ketikanya gembira,ketawa,sedih dan juga saat aku menangis.Tapi sudah sifat semulajadiku lebih suka memendam.Biarku menangis bersama hujan yg lalu membasahi bumi agar kelak tiada siapa yg tahu luka dihati.Gundah didalam hati biarlah aku simpan sendiri.Tersimpan termaktub didalam diari hidupku.





Hatiku yg kosong seumpama kegelapan di satu lorong yg tiada penghujungnya.Bahaya menanti jika aku tidak mencari sinar cahaya menerangi kegelapan ini.Namun rasa kosong ini tidak semestinya diisi dengan teman hati bernama lelaki.Kerana ada yang lebih baik telah lama sedia disisiku iaitu Allah tuhan semesta alam dan Al-Quran pegangan hidup sepanjang zaman.Allah yg Maha Mengetahui segala kesunyian hatiku dan Al-Quran pengubat segala kesunyian hati ini.


Bicara sunyi hati ini bukanlah kerana dari pandangan manusia yg sering meneliti,tetapi dalam pencarian mencari kebahagiaan yg hakiki.Kadang-kadang timbul keraguan di hati dalam pencarian ini.Namun jika benar itu telah tersurat secara hakiki,maka pasti akan aku hargai sepenuh hati.

Setiap yg dilakukan biarlah ikhlas keranaNYA.Biarlah beribu mata memandang serong,kerana pengukur keikhlasan kita denganNYA bukanlah pada pandangan manusia.Aku akn terus tabah dan tersenyum menghadapi segala dugaan kehidupan kerana aku ada MU sentiasa disisiku YA ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang.Cinta Allah adalah cinta yg hakiki.

No comments:

Post a Comment