I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 29 July 2012

Tragedi Cinta- Achik spin ft. Nana



p/s: lagu nie tajuk sebenarnya CINTA PERTAMA, tpi dalam entri lain adalah TRAGEDI CINTA (copypasteje)

Friday 27 July 2012

Surat Untuk Dia

Pada 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadhan, awak telah memberi kata putus iaitu "mungkin kta ptot jdi sbagai kwan ja dulu"... saya terima dengan hati yang terbuka... Ini adalah jalan terbaik untuk kita meneruskan hidup masing-masing... terima kasih krn membahagiakn saya selama 5 bulan nie dan mengajar saya erti kasih dan sayang... saya tidak menyalahkan awak sbb saya yg tidak menghargai awak sebelum nie... maafkan saya, awak...

 

 

Tapi apabila awak memberikan kata itu... hati saya berasa tenang(hairankan??? terima kasih Allah swt, Engkau telah makbulkan doaku...agar aku boleh mengharungi situasi ini). Mungkin saya telah menangis untuk awak sebelum nie bukan sbb lemah menerima kenyataan itu . Tapi, sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menerimanya iaitu tentang keperibadian awak. Alhamdulilah, saya menerimanya dgn hati yg redha. Hanya Allah swt sahja yg tahu tentang isi hati saya saat itu... Tapi, adakah selepas ini saya akn mengambil berat tentang itu?? Saya pun tidak tahu....

  

 Pada saya mungkin awak adalah insan pertama yg bertakhta di hati saya sebelum nie. Tiada insan lain yg mencuri hati saya kecuali awak, awak adalah insan pertama yg mencuri hati saya pada tanggal 15 Mac 2012. Awak adalah cinta pertama saya tapi sekarang hnyalah tinggal kenangan... Namun ini adalah suratan takdir untuk kita sebagai insan biasa yg tidak boleh menolak takdirnya...

 

Saya akan belajar untuk lupakan awak walaupun selepas ini kita sering bertemu ditempat yg sama, belajar ditempat yg sama... Jika sekarang awak bahagia dengan insan pilihan awak... saya doakan kebahagiaan untuk awak... SAYA BAHAGIA TANPA AWAK SEKARANG NIE....

 

To : Capital ZF

Tuesday 24 July 2012

Cinta Itu Sakit


Jatuh tapi jgn terhuyung-huyung, kosisten tapi jgn memaksa, berbagi dan jgn bersikap tidak adil, mengerti dan cubalah utk tidak bnyak menuntut, sedih tapi jgn pernah simpan kesedihan itu. Memang sakit melihat org yg kamu cintai sedang berbahagia dgn org lain tapi lebih sakit lagi kalau org yg kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu.

Cinta akn menyakitkan ketika kamu berpisah dgn sseorg, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akn lebih menyakitkan lagi apabila sseorg yg kamu sayangi tidak tahu apa yg sesungguhnya kamu rasakan.

Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan sseorg dan jatuh cinta, hnya utk mengetahui bahwa dia bukan utk kamu dan kamu sudah menghabiskan bnyak waktu utk org yg tidak pernah menghargainya. Kalau dia tidak "worth it" sekarang, dia tidak akn pernah "worth it" setahun lagi ataupun 10 tahun lagi. Jadi, biarkan dia pergi...... 

Tuesday 10 July 2012

Rahsia Hadiah Dari Si Dia :)

Hadiah yg anda beri kepada kawan/ kekasih/ isteri/ suami anda mempunyai maksud yg tersirat...

 

JAM TANGAN... ... ... Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN... ... ... . Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG... ... ... .Tanda mesra.
RANTAI LEHER... ... ... . Ikatan cinta yg perlu perhatian.
SUBANG... ... ... . Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT... ... ... . Sentiasa mengambil berat/ prihatin.
PAKAIAN/ KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG... ... ... . Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta.
BINGKAI GAMBAR... ... . Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU... ... ... . Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA... ... ... . Tanda perkenalan dan tanda sayang.
COKLAT... ... ... . Semanis cintamu.
LAGU/ CD/ KAD UCAPAN... ... ... Mengabadikan cinta.
SEJADAH DAN AL-QURAN... ... ... Tanda kekasihnya itu menyayangi dunia dan akhirat.

 

Satu lagi... .zaman mellinium... .
HANDPHONE... . tandanya... . kau jangan lari dariku!!!... ... . aku kan
cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... .. huhu..


HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG... ... Tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Beza Cinta, Sayang Minat dan Suka


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.Segala apa yg kita buat,kalau boleh nk dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia.Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta ditujukan kpd sseorg yg kita selalu mimpi.Tanpanya kita akn rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dgn hati yg ikhlas kpdnya walaupun dia buat tak tahu je)

 

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan sseorg utk berkongsi  rahsia dan kisah duka kita.Selalunya kita akn sayangkan sseorg yg menjadi TELINGA kpd masalah kita. (dalam erti lain : sayang ditujukan kpd sseorg yg boleh membuangkan masa dia utk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerna kita bukannya cinta kpdnya)

 

Suka - Kita sukakan dia kerna dia kelakar.Dia happy-go-lucky.Bila bersama dia,kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.Tapi,kita taklah rindu sngat kat dia bila tak jumpa seminggu. (dalam erti lain : suka ditujukan kpd sseorg yg boleh menjadi pelawak kpd kita.Kita akn suruh dia diam sekiranya kan kita dah nak pecah..)

 

Minat - Apa sesuatu pd dirinya yg menarik kita utk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kpd sseorg yg ada sifat, peribadi atau barang yg kita mahukan..)

 

Tetapi kita kena ingat bahwa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akn CINTA pd sseorg itu.. 

 

Monday 9 July 2012

Tips Doa Untuk Kekasih


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dgn hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yg sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh drpd pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yg Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yg merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yg terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yg terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yg daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman...
Agar aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal'aalamin

Saturday 7 July 2012

Ungkapan I Love You

 I Love You atau dalam bahasa Melayu,Aku Cinta Padamu merupakan satu ungkapan yg amat istimewa.Ini kerana ianya merupakan ungkapan yg hanya kita ucapkan pada org yg kita sayang sahaja.

 

Ada ke orang yg ucapkan I Love You pada org yg dia benci ?Sudah pasti tidak bukan.Kalau dgn org yg dibenci,mesti kita mencemuh dia seboleh yg mungkin.Itu kalau mereka panas baran la.Habis semua ayat2 cemuhan dilemparkan disebbkan terlalu marah dan benci pada seseorg itu.Kalau boleh,semua perkataan2 negatif yg ada dlam kamus nak diberikan pd org itu.

 


Tetapi ia berbeza dgn I Love You ini.I Love You ini sngt unik.Kita tidak akn ucapkan ia pd org lain selain org yg kita sayang.Org yg kita sayang itu tidak semestinya hnya pada kekasih kita sahaja,ia termasuklah dgn ibu bapa kita,adik-beradik kita,anak-anak,kawan-kawan dan org-org yg kita sayang.

 

Adalah amat pelik sekiranya I Love You ini diberikan sesuka hati pd org lain.Tidak ada keunikkan sekiranya I Love You ini mudah diperolehi.Oleh itu,jgnlah kita mempermainkan ungkapan I Love You ini atau Aku Cinta Padamu dengan sesuka hati.Kerana,andai tersilap ungkap,mungkin kita tidak sengaja mengecewakan hati seseorang itu.

Puisi Rindu Akan Kekasih


RINDU MENYIKSA HIDUPKU..



Didalam kesepian jiwa yg rapuh ini.
ku hanya bisa termenung lesu diatas kepedihan.
luka hati selalu saja menghampiri.
seakan hatiku tersayat oleh perihnya.



Tahukah engkau,kasih?
aku sangat2 kehilangan dirimu.
rindu ini membunuh jiwa dan raga ini.
perasaanku tak mampu ku dustai.
bahwa aku merindumu setiap hariku.



Dengarlah rintihan tangisanku.
dengarlah jeritan hatiku.
aku berharap sang waktu dpat berputar kembali.
berharap kau ada disisiku lagi.
kan ku genggam tanganmu.
kan ku peluk dirimu.
dan ku katakan pada dirimu,
JGN PERNAH KAU PERGI LAGI DARI HIDUPKU...



Tapi apa dayanya diriku sebagai manusia biasa.
mungkin ini sudah jalanku dan jalanmu.
mungkin ini semuanya memang yg terbaik untk kita.
walau rindu ini menyiksa hidupku.

Friday 6 July 2012

Sunyi Dalam Hati Siapa Yang Tahu

Terlukis sebuah senyuman pada bibir mungil dan wajah aku yang sentiasa ceria dan gembira.Galak aku berbicara dan bergurau-senda yang kadang kala mengundang cemburu di hati yg memandangku.Wah betapa beruntungnya si dia,nampak hidup bahagia dan ceria.Tapi sunyi dalam hati siapa yg tahu?


Aku juga punya perasaan sama seperti manusia lain.Ada ketikanya gembira,ketawa,sedih dan juga saat aku menangis.Tapi sudah sifat semulajadiku lebih suka memendam.Biarku menangis bersama hujan yg lalu membasahi bumi agar kelak tiada siapa yg tahu luka dihati.Gundah didalam hati biarlah aku simpan sendiri.Tersimpan termaktub didalam diari hidupku.





Hatiku yg kosong seumpama kegelapan di satu lorong yg tiada penghujungnya.Bahaya menanti jika aku tidak mencari sinar cahaya menerangi kegelapan ini.Namun rasa kosong ini tidak semestinya diisi dengan teman hati bernama lelaki.Kerana ada yang lebih baik telah lama sedia disisiku iaitu Allah tuhan semesta alam dan Al-Quran pegangan hidup sepanjang zaman.Allah yg Maha Mengetahui segala kesunyian hatiku dan Al-Quran pengubat segala kesunyian hati ini.


Bicara sunyi hati ini bukanlah kerana dari pandangan manusia yg sering meneliti,tetapi dalam pencarian mencari kebahagiaan yg hakiki.Kadang-kadang timbul keraguan di hati dalam pencarian ini.Namun jika benar itu telah tersurat secara hakiki,maka pasti akan aku hargai sepenuh hati.

Setiap yg dilakukan biarlah ikhlas keranaNYA.Biarlah beribu mata memandang serong,kerana pengukur keikhlasan kita denganNYA bukanlah pada pandangan manusia.Aku akn terus tabah dan tersenyum menghadapi segala dugaan kehidupan kerana aku ada MU sentiasa disisiku YA ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang.Cinta Allah adalah cinta yg hakiki.

Ayat-ayat Cinta



1. Cinta adalah sesuatu yg tdak dapat d'lihat dan disentuh tetapi cinta dapat d'rasai dengan hati yang ikhlas mencintai.

 2. Mencintai memang mudah tetapi d'cintai oleh orang yg kita cintai itu bukan sesuatu yg mudah untuk d'miliki. 

3. Ayat-ayat cinta mudah d'lafazkan tetapi rasa cinta tiada siapa dapat jelaskan dengan kata-kata. 

 

4. Cinta ibarat sambal belacan,walaupun pedas sehingga menitiskan airmata tetapi masih ramai yg sanggup memakannya. 

5. Ramai yg buta kerana cinta tetapi ramai yg celik bila cinta itu pergi.

6. Datangnya cinta d'hargai,perginya cinta d'tangisi. 

7. Dalam 7 petala langit dan bumi ada 7 petala cinta. 


8. Begitu mudah mengucapkan "SAYA CINTAKAN AWAK" tetapi sngat susah untuk ikhlas mencintai. 

9. Tiada harta,wang ataupun pangkat dapat membeli sebuah cinta kerana harga cinta terlalu mahal. 

10. Cinta tidak mengenal usia kerana setiap manusia pasti menemui cinta cepat atau lambat.

Thursday 5 July 2012

TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA KEPADA WANITA

1.Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untk kekasihnya dgan rela bukan kerna terpaksa.
2.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya.
3.Dia sentiasa menasihati kekasihnya kerna dia amat menyayanginya.
4.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerna perasaan cemburunya yg meluap-luap.
5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6.Dia slalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerna dia sentiasa merasa curiga.
7.Dia tdak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabla kekasihnya tdak menumpukan seluruh perhatian kpdanya.
9.Adakalanya dia seperti anak kecil yg meminta perhatian  kerna dia nak kekasihnya melayaninya lebih dari orng lain.
10.Dia menjadi orng yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11.Dia kadang suka merajuk kerna ingin d'pujuk oleh kekasihnya.
12.Dia akan merasa sengsara apabla berjauhan dengn kekasihnya terlalu lama.
13.Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
14.Dia akn lebih mementingkan kekasihnya drpd dirinya sendiri.
15.Dia sering bertnya apakah kekasihnya mencintainya kerna dia merasa cintanya lebih kuat drpd kekasihnya.
16.Dia tdak akn mempedulikan wanita lain apabla tdak ada urusan penting dengannya.
17.Dia cuba meluangkan lebih bnyak waktu dgan kekasihnya.
18.Jika d'tinggalkn oleh kekasihnya,ia akn merasa sngat sedih dn tdak akn percaya lagi dgan cinta wanita lain.Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
19.Apabla ada orng ke-3 ,dia akn kehilangan akal dan sanggup berbuat apa saja untk merebut kekasihnya kembali.
20.Dia menganggap kekasihnya sebgai orng yg paling d'percaya dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.
21.Dia tdak akn berlaku curang kpd kekasihnya.Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
22.Tdak semua lelaki sanggup menitiskan airmata hnya untuk seorng wanita.
 

p/s:HARGAILAH INSAN BERGELAR LELAKI...