I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 21 November 2012

Kerana Itu Aku Diam

KERANA ITU AKU DIAM..

Aku takut engkau tergoda,
kerana itu aku diam...
Aku takut engkau goyah,
kerana itu aku diam...

aku takut ada yg kecewa..
aku takut ada yg terluka..
aku takut ada yg terhina..
kerana itu aku diam..

aku takut tak bisa menjaga..
aku takut potensi yg tak bisa diduga..
aku takut jatuh ke dalam dosa..
kerana itu aku diam..

aku takut melanggar laranganNya..
aku takut tidak lagi peka akan peringatanNya..
aku takut tidak lagi taat kepadaNya..
kerana itu aku diam..

aku takut tidak lagi indah pada saatnya,
aku takut tidak lagi mesra seharusnya,
aku takut tidak lagi terjaga, hina di dua dunia,
kerana itu aku diam..

aku takut hatiku tertipu nafsu..
aku takut taqwaku tergadaikan logika semu..
aku takut perasaanku tertutup emosi sesaatku..
kerana itu aku diam..

aku takut jauh dariNya,
aku takut tidak keranaNya.
aku takut tidak lagi mendapat pertolongan dariNya,
tidak lagi mengamalkan FirmanNya,
tidak lagi mengikuti NabiNya,
kerana itu aku diam..

aku takut tidak didengar dalam doa,
aku takut tidak ditolong dalam musibah,
aku takut tak dilihatNya di padang mahsyar penuh galau dan gundah
kerana itu aku diam..

aku takut tak bisa memegang amanahNya..
aku takut tak bisa memetik sakinah, mawaddah dan rahmatNya..
aku takut tak bisa mengabadikan redha kedua orang tua..
kerana itu aku diam..

dalam diam aku berikhtiar,
mempersiapkan mental, modal, hati dan fikiran,
dalam diam aku berdoa..
memohon petunjuk, pertolongan dan kekuatan dariNya..

dalam diam aku menghormatimu dan petunjukNya..
dalam diam aku menjagamu dengan cintaNya..
dalam diam aku mengurai rahsia tulisan di luhmahfudzNya..
dalam diam aku menjaga cinta sebagai anugerah dan amanah..

dalam diam aku memperbaiki diri..
dalam diam aku mempersiapkan hati..
dalam diam aku mengumpulkan ilmu utk saat bersatu nanti..
dalam diam aku berusaha memberikan yg terbaik dgn redha Ilahi..

dalam diam aku mengukir cinta abadi..
cinta dgn cara yg diajarkan RasulNya..
cinta penuh taqwa dan tawakkal kepadaNya..
cinta yg datang dan akn kita kembalikan hanya padaNya..

Bersabarlah dalam diamku..
Berdoalah tuk menguatkan hatimu..
Bersyukurlah atas suka dan dukaNya utk kuatmu..
kerana engkau kan menjadi bagian penting perjuanganku..

Sungguh Dia mendengar keluh kesahmu..
Sungguh Dia melihat gundah dan sedihmu..
Sungguh Dia telah mempersiapkan yg terbaik untukmu..
Sungguh Dia telah menyediakan pahala yg melimpah, atas solehahmu..

tautkan hati kita dalam doa..
ikhtiarkan jiwa dan raga kita dalam ilmu dan ibadah..
kuatkan potensi kita dgn menjalankan FirmanNya, Sunnah NabiNya..
yakinlah... kan indah pada saatnya...
kerana kita... menuju RedhaNYA..


No comments:

Post a Comment