I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 3 November 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

 


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yg perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yg tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yg Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati sseorang yg hatinya tertaut pada- Mu,
Jadikanlah aku yg mencintainya kerana agama yg ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yg ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yg suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan- Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


nama si dia telah tertulis di Luth Mahfuz untukmu...

namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu...

jika kau mengimpikan peribadinya soleh...

jadilah soleha dulu... :)



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini bukan saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yg merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka- Mu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yg diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yg lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yg benar2 terbaik buat kehidupannya,
Insan yg benar2 mampu memimpinnya ke syurga- Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta- Mu.

Amin...


~ copy & paste ~

No comments:

Post a Comment