I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 16 March 2013

Lelaki dan Perempuan - Kawan Baik

Assalamuailaikum.... tajuk hari ini adalah "Kawan Baik Saya Lelaki", masa zman sekolah dulu saya ada seorang kawan lelaki namanya Capital H. Dia kawan lelaki yg rapat dgn saya, kmi sama kelas selama 2 tahun. Kalau saya masih kawan lagi dgn dia sekarang nie mungkin dh dekat 5 tahun la kmi berkawan....

 

 

1. Lelaki tak kecoh sebar khabar angin tanpa sebab musabab

 

Korang rasa lelaki ada masa nak datang dari rumah/bilik dia ke rumah/bilik kau semata-mata nak sebarkan gosip atau khabar angin tanpa usul periksa? Perempuan je buat semua ni. Ya, aku akui lelaki ada juga bergosip sakan tapi diorang ada 9 logik dan semestinya mereka selidik dan tanya dulu jika gosip/khabar angin tu betul atau tidak. Dapat dah satu markah untuk lelaki yang menyebabkan mereka dijadikan kawan baik oleh perempuan.

 

2. Mereka penyimpan rahsia yang baik

 

Peribahasa "biar pecah diperut, jangan pecah dimulut" memang sesuai sangat jika lelaki yang pakai. Mengikut pengalaman, memberitahu rahsia kepada kawan lelaki adalah lebih selamat daripada memberitahu kepada kawan perempuan. Perempuan ni, kalau dah bergaduh sikit mulalah buka segala pekung didada dia dan kawan sekali. Kekononnya nak balas dendamlah tu tapi perjanjian RAHSIA tidak dipatuhi. 

 

3. Mereka tidak akan cuba mencuri lelaki yang anda suka

 

 Lelaki curi lelaki yang anda suka? What the what? Kalau ada pun berlaku sayang, itu dah kes luar biasa dan dia adalah gay. Buat apa dia nak curi kalau tiada perasaan yang sama seperti kau suka dekat lelaki tu kan? Banyaknya persoalan la pulak. Korang jawablah sendiri.

 

 


4. Mereka bukan talam dua muka

 

Semestinyalah dia bukannya kawan yang bermuka talam. Jarang tau kalau kita berkawan dengan lelaki, mereka muka bertalam - talam. Bayangkan kalau cerita sesuatu dan tetiba kawan lelaki kita tu buat aksi 'rolling eyes', kau rasa nak tampar dia 'on the spot' masa tu atau tidak? Mesti ragu -ragu kan? Lelaki ni kalau dah berkawan dengan wanita, dia akan baik sebaik baiknya. Jika jahat, kau terimalah nasib kau masa tu. Dia nak tegur pun taknak, apatah lagi nak berkawan. Lainlah kalau perempuan, dia masih boleh berpura-pura dan menjadi pelakon wanita terbaik dalam satu masa.


5. Mereka akan menjadi "kayu" sokongan jika kamu disakiti

 

Sebagai kawan baik yang gagah lagi macho, memang dia akan tolong kau masa tu jugak. Dia mungkin akan 'face to face' dengan orang yang berani - berani kacau/sakitkan kau pada masa itu tanpa perlu tunggu konco - konco taik kucing. Kalau kawan perempuan, mesti mereka akan kecoh dulu ramai -ramai lepastu tak berani nak serang sorang - sorang. ( Amalan tumbuk menumbuk dan gejala samseng adalah dilarang sama sekali )


Kawan baik lelaki adalah paling baik kerana mereka akan tanpa segan silu kasi pinjam baju sejuk ( sweatshirt ) mereka jika kita dalam kesejukan. Ini bukan bermaksud dia buka baju dan korang terus berpeluk, bukan. Bukan itu yang saya maksudkan. Korang jangan nak fikir jauh sangat.

 

6. DAN mereka mungkin jatuh cinta pada anda!

 

Haaaaaa, yang inilah yang perempuan dan lelaki cuba elakkan dalam satu hubungan bernama SAHABAT BAIK. "Disini telah datang, sayang paling dalam........" petikan lirik Kejoraku Bersatu dendangan Search. Mustahil jika lelaki dan perempuan sudah menjadi kawan baik, salah seorang takde perasaan lebih dari kawan. Mustahil ok. Kalau tak lelaki ada perasaan macam tu, perempuan pula yang ada.



Tapi jangan risau, kalau dah bukan jodoh korang untuk berkasih - kasihan, tak akan jadi masalah pun untuk bersahabatkan. Ramai je perempuan dan lelaki jadi kawan baik dan diorang kekal sampai sekarang. Bernasib baik sangat kalau kawan baik tu jadi laki dan korang masih lagi seperti kawan baik masa sebelum nikah. So sweet kencing manis potong kaki kalau bayangkan. Gatal.


Betul tak yang perempuan lebih suka berkawan baik dengan lelaki daripada berkawan dengan perempuan? Kesimpulannya, ini terpulang kepada anda sendiri. Ada yang selesa, ada yang tak selesa. Janji kita jaga batas diantara lelaki dan perempuan je. No touching touching uols
.

 

Copy & Paste

 

p/s : Ini adalah beberapa perkara mengenai Kawan Baik Lelaki untuk diri saya, tapi no.6 tu no comment...
 

  

No comments:

Post a Comment