I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 27 November 2012

Novel : Rindu Tercipta

Assalamuailaikum...bulan nie saya nak berkongsi sinopsis pasal novel yg saya baca tajuknya "Rindu Tercipta". Ini sinopsisnya, kalau nak tahu jalan critanya mcm mna. Kena la beli novel nie...


SAAT Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan  simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yg dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.

Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.


Izinkan aku mengisi
rindu dalam sanubarimu
 
" Moga pengorbanan yang dilakukan berbayar dengan harga sebuah kebahagiaan. "

Sunday, 25 November 2012

Cinta Pertama dan Terakhir

Ada seorang gadis cantik,
dia tinggal bersama ayahnya di kampung.
Semasa berusia 13 tahun, dia berkawan dgn seorang budak lelaki di kampungnya.
mereka selalu bermain bersama
Gadis itu menyukai budak lelaki itu, begitu juga budak lelaki itu
sehingga suatu hari timbul rasa sayang dihati mereka.

Satu hari ayah kepada gadis itu membawanya pindah ke bandar,
Gadis dan budak lelaki itu berasa sedih kerana terpaksa berpisah.
Dan selepas berpindah, mereka tidak lagi berhubung sehingga dewasa.

Kini, gadis kecil itu telah dewasa
Suatu hari Ayahnya memilihkan calon utknya. Seorang pemuda kacak.
Si gadis menurut krn tidak mahu derhaka kpd Ayahnya.

Selepas berkahwin dgn pemuda itu, gadis masih tidak dapat melupakan
budak lelaki yg pernah disayanginya itu kerana budak lelaki itu adalah
cinta pertamanya.

Pada satu hari si gadis mengemas rak2 buku bersama suaminya  di rumahnya.
Tiba2 si gadis ternampak sekeping gmbar budak lelaki yg pernah disayangi..
Si gadis lalu cepat2 menyembunyikannya dari pengetahuan suaminya.
Tapi sayang suaminya lebih pantas melihat sikap isteri yg seolah 
menyembunyikan sesuatu lalu bertnya kpd isterinya,

"Sayang, apa yg awak sembunyikan itu?"

"Sekeping gmbar seorang budak lelaki, cinta pertama saya 10 tahun dulu"
(Lalu menunjukkan gmbar tersebut)

"Patutlah saya puas mencari dimana2 gmbar ini, rupanya ia berada di tempat gadis
idaman saya"


Jodoh Di Tangan Yang Maha Esa <3 <3

Saturday, 24 November 2012

Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki

Kan sering kita dengar, ada perkataan yang kalau perempuan cakap, so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10 Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki cakap dan makna tersiratnya…

(1) Ayat maut lelaki : 
Okeylah wak, kita sembang lain kali yek

Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

(2) 
Ayat maut lelaki : Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

(3)
 Ayat maut lelaki : Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

(4)
 Ayat maut lelaki : eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.

(5)
Ayat maut lelaki : Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.

(6)
 Ayat maut lelaki : Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.

(7)
 Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.

(8)
 Ayat maut lelaki : Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.

(9)
 Ayat maut lelaki : Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih

(10)
 Ayat maut lelaki : Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..
 
p/s: perbezaan kata2 maut dari lelaki dan perempuan...

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan


Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..



Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan


(1) Ok. Fine!

Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


(2) Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


(3) Tak ada apa-apa

Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


(5) Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


(6) Tak apa lah

Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih

Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)

Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …



Thursday, 22 November 2012

Jenis-jenis Kawan

1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam nie sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia nie macam buaya.. suka makan orang.. mean, kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dgn kita, time busuk menjauh * time senang ada dgn kita, time susah dia hilang *.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau smpai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dgn dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia nie tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk(x tahu) je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yg sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia nie suka sakitkan hati kita, so.. dia nie adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang nie jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kot. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam nie la yang semua orang nak...

# Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis susah dicari #
SMILE ALWAYZ ! :)

  

p/s: Jadilah kawan yg mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. Insya-Allah itu kawan yg terbaik!

COPY & PASTE FROM FB...

Wednesday, 21 November 2012

Kerana Itu Aku Diam

KERANA ITU AKU DIAM..

Aku takut engkau tergoda,
kerana itu aku diam...
Aku takut engkau goyah,
kerana itu aku diam...

aku takut ada yg kecewa..
aku takut ada yg terluka..
aku takut ada yg terhina..
kerana itu aku diam..

aku takut tak bisa menjaga..
aku takut potensi yg tak bisa diduga..
aku takut jatuh ke dalam dosa..
kerana itu aku diam..

aku takut melanggar laranganNya..
aku takut tidak lagi peka akan peringatanNya..
aku takut tidak lagi taat kepadaNya..
kerana itu aku diam..

aku takut tidak lagi indah pada saatnya,
aku takut tidak lagi mesra seharusnya,
aku takut tidak lagi terjaga, hina di dua dunia,
kerana itu aku diam..

aku takut hatiku tertipu nafsu..
aku takut taqwaku tergadaikan logika semu..
aku takut perasaanku tertutup emosi sesaatku..
kerana itu aku diam..

aku takut jauh dariNya,
aku takut tidak keranaNya.
aku takut tidak lagi mendapat pertolongan dariNya,
tidak lagi mengamalkan FirmanNya,
tidak lagi mengikuti NabiNya,
kerana itu aku diam..

aku takut tidak didengar dalam doa,
aku takut tidak ditolong dalam musibah,
aku takut tak dilihatNya di padang mahsyar penuh galau dan gundah
kerana itu aku diam..

aku takut tak bisa memegang amanahNya..
aku takut tak bisa memetik sakinah, mawaddah dan rahmatNya..
aku takut tak bisa mengabadikan redha kedua orang tua..
kerana itu aku diam..

dalam diam aku berikhtiar,
mempersiapkan mental, modal, hati dan fikiran,
dalam diam aku berdoa..
memohon petunjuk, pertolongan dan kekuatan dariNya..

dalam diam aku menghormatimu dan petunjukNya..
dalam diam aku menjagamu dengan cintaNya..
dalam diam aku mengurai rahsia tulisan di luhmahfudzNya..
dalam diam aku menjaga cinta sebagai anugerah dan amanah..

dalam diam aku memperbaiki diri..
dalam diam aku mempersiapkan hati..
dalam diam aku mengumpulkan ilmu utk saat bersatu nanti..
dalam diam aku berusaha memberikan yg terbaik dgn redha Ilahi..

dalam diam aku mengukir cinta abadi..
cinta dgn cara yg diajarkan RasulNya..
cinta penuh taqwa dan tawakkal kepadaNya..
cinta yg datang dan akn kita kembalikan hanya padaNya..

Bersabarlah dalam diamku..
Berdoalah tuk menguatkan hatimu..
Bersyukurlah atas suka dan dukaNya utk kuatmu..
kerana engkau kan menjadi bagian penting perjuanganku..

Sungguh Dia mendengar keluh kesahmu..
Sungguh Dia melihat gundah dan sedihmu..
Sungguh Dia telah mempersiapkan yg terbaik untukmu..
Sungguh Dia telah menyediakan pahala yg melimpah, atas solehahmu..

tautkan hati kita dalam doa..
ikhtiarkan jiwa dan raga kita dalam ilmu dan ibadah..
kuatkan potensi kita dgn menjalankan FirmanNya, Sunnah NabiNya..
yakinlah... kan indah pada saatnya...
kerana kita... menuju RedhaNYA..


Tuesday, 20 November 2012

Antara Cinta Dan Persahabatan


Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

Cinta
Suatu ungkapan yg belum pasti kan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya merentap kedamaian jiwa
Seorang pecinta setia tatkala ikatan diundang kekecewaan

Namun ianya akan tetap betah menjemput betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yg tersimpan disebalik anugerah ini
Tidak mngkin terungkai dgn bicara dibibir
Tidak tergmbar dgn lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Illahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan...

Persahabatan
Suatu Ikatan yg lahir dari hati
Keinginan yg ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang, dan serta keakraban
Sesungguhnya sahabat ialah tmpat berbicara setulusnya
Tentang Impian dan pengertian hidup ini

Persahabatan yg murni dan suci..
Adalah sebuah hubungan yg di sulami dgn benang kejujuran
Di warnai dgn keikhlasan
Di curahi dgn kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yg budiman
Mengertilah maksudku ini
SESUNGGUHNYA
Apa yg tersimpul di hati kecilku
Sejak perkenalan kita

Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari dgn besi kedewasaan
Yang teguh berdiri tegak di halaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar kau sentiasa mengingati diriku... 

   

Pesanan Kepada Hati

Pesan pada hati...
Jangan terlalu menyayangi......
kerana bimbang hati akan lebih disakiti...

Pesan pada hati...
Jangan terlalu membandingi...
terimalah dia seikhlas hati.....
kerana dia punya cara tersendiri....

Pesan pada hati...
kalau rindu jangan ditangisi...
kerana hadirnya dia utk mengisi kekosongan hati...

Pesan pada hati...
Jangan mengharap pada yg tak pasti...
kerana kelak kau akan tercari-cari....

Pesan juga pada hati...
Andai kelak dia bukan di sisi...
Ikhlaskan hati utk biarkan dia pergi...


 

Wednesday, 7 November 2012

Andai Lelaki Tahu

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang prempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang prempuan mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang prempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sngat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yg baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada sseorang, semakin pula bnyak sesuatu yg terjadi.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud utk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dgn lebih dekat.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadi anda lebih baik, bukan utk dirinya, tetapi utk masa depan anda.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yg masih memerlukan sepenuh perhatian. Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akn mengkhianati kepercayaan yg diberi. Naluri keibuannya sngt kuat. Dia hnya mahukan yg terbaik utk kamu.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan merajuk, jangan kata dia mengada- ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dgn duit atau hadiah, tetapi cukup dgn perhatian yg boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan jarang mengatakan ' i love u ', itu tidak bermaksud dia  tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hnya hadir dari kata- kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar- benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jngn percaya kata- katanya krn dia hnya menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu snggup mnjadi yg terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yg terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun prempuan menganggap masih ramai lagi yg lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yg terbaik.

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dgn sikapnya. Percayalah, hati prempuan itu sngat lembut. 

Andai lelaki tahu...
Apabila prempuan berkata, " tolong tinggalkan saya! ", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hnya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akn mencari anda semula. Itu tandanya dia benar- benar mencintai anda. Prempuan sulit utk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yg paling menyayangi anda dan sngt sensitif dgn perubahan pd diri anda.

Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan prempuan itu dgn perbezaan yg tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akn saling melengkapi dan menyempurnakan. Prempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yg bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya prempuan tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yg dpt menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang prempuan dlm hidup anda krn dia didatangkan bukan dgn kelemahan shj tetapi dia juga ada kekuatan utk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yg bakal menjadi prempuan bekerjaya, isteri juga ibu yg terbaik utk anak2 anda.

<3 SEMOGA BERMANFAAT <3

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba- lumba menyebarluaskan kata- kata kebaikan kpd seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yg telah menemukan cinta sejatinya... ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terajut menjadi satu untaian yg selalu disentuh demi satu oleh insan yg mulia yg bibirnya basah akn cinta kpd tuhan-Nya.



p/s : wahai kaum Adam hargailah kaum Hawa krn kaum Hawa adalah tulang belakang kejayaan kaum Adam !!!                            

7 Ayat- ayat Cinta yang Kekal Selamanya

1. Bismillahhirahmannirahim :
pada tiap- tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah :
pada tiap- tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah :
jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk.

4. Insyaallah :
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai Ilahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.

6. Innalilah :
jika menghadapi musibah atau melihat kematian

7. Lailahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya. Amalkanlah selalu moga- moga kita tergolong dikalangan orang- orang yg terpilih oleh Allah.


* Sabda Rasulullah s.a.w. :
 Barangsiapa yg hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih dilautan...

Tuesday, 6 November 2012

Movies

Hari ini saya ingin berkongsi movie yg sedang ditayangkan di pawagam, atau yg telah ditayangkan di pawagam dan akan ditayangkan di pawagam...



Movie ini akn ditayangkan di pawagam pada 8 November 2012. Dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan.Masa saya tengok trailer nie kat YOUTUBE, Lisa Surihani nampak periang dan comel. Jalan ceritanya pun menarik.


Movie ini sedang ditayangkan di pawagam sekarang nie. Dibintangi oleh hero yang sama iaitu Daniel Craig as James Bond.


Movie ini telah ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober 2012 yg lalu.Dibintangi oleh Adi Putra dan Nora Danish.


p/s : Bila la boleh pergi tengok wayang lagi nie....

Sunday, 4 November 2012

Sifat Wanita Mengikut 4 Unsur Alam: Tanah, Air, Api, Angin


A) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
B) Air - kedua, keenam, kesepuluh
C) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin - keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorg pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yg cepat berubah ubah

p/s : Sifat apa yg dikau tampilkan adalah keperibadianmu, maka renungkanlah pada unsur mana yg lebih baik itu dan berhati- hatilah dalam setiap gerak laku, tutur bicara dan pandangan fatamorgana... Sesungguhnya ambillah iktibar diari kehidupan wanita2 mulia di sisi para nabi utusan- NYA. (copy & paste)